3 Cara kemaskini brim 2017

Share Button

BR1M 2017 dibuka kepada sesiapa yang layak dengan syarat baharu. Kepada penerima yang sedia ada, diminta log masuk ke sistem brim untuk menyemak semula maklumat yang diberi juga untuk mengelakkan sebarang kesilapan untuk menerima bayaran brim nanti. Sekiranya anda seorang murid, tidak usahlah membuangkan masa untuk membuat kemaskini maklumat kerana murid adalah tidak layak untuk terima bantuan rakyat 1malaysia. Penjaga dan ibu bapa murid diminta berdaftar atau kemaskini brim anda kerana hanya anak-anaknya penerima brim yang layak untuk mendapatkan pinjaman ptptn secara penuh, berdasarkan syarat baharu yang dikeluarkan pihak ptptn tahun 2015.

3 cara kemaskini brim 2017

1. isi borang kemaskini brim secara online

Kunjungi laman official brim dan mengisi segala maklumat yang diperlukan.

Tip : Untuk mengelakkan sistem tergendala, diminta jangan mengunjungi laman brim ketika waktu yang sibuk. Waktu yang sibuk adalah dari pukul 11 hingga ke pukul 1 petang. Mengisi borang online ketika waktu yang kurang trafik seperti waktu malam dapat memastikan maklumat anda berjaya dihantar.

Kemaskini brim online tahun 2017 tidak memerlukan sebarang pencetakan selepas siap semua pengisian anda, maka tidak perlu sediakan mesin printer, gunakan laptop atau tablet. Walaubagaimanapun penggunaan telefon bimbit adalah dilarang untuk melayari sistem brim online, sila gunakan PC.

Lampiran surat pemberitahuan kemaskini brim :

kemaskini brim

lagi lebih banyak tip lihat cara terperinci kemaskini di sini.

2. Isi borang sendiri

Kepada yang muskil akan kelayakan dan terdapat soalan-soalan berkenaan brim, anda boleh memilih cara kedua iaitu kemaskini dengan mengisikan borang secara offline dan bertanya di depan kaunter brim. Borang kemaskini yang siap hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC Lembaga Hasil (LHDN).

Borang hendaklah diisi dengan pen biru atau hitam dan pengguna pensel tidak digalakkan. Tulisan wajib jelas dibaca oleh pegawai.

Dapatkan borang brim di tempat yang berikut

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil (LDHN)
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan
  • Penghulu kampung masing-masing

3. Berusuan dengan wakil rakyat

Wakil rakyat akan membantu untuk menyemak syarat kelayakan dan status brim anda di daerah masing-masing. Kaedah ini memudahkan pemohon yang tidak mempunyai komputer di rumah.

Disyorkan semua pemohon brim menyediakan satu bank akaun kerana pembayaran menggunakan baucher memakan masa yang lebih panjang dan kurang efektif. Semasa hari pembayaran, pemohon yang memberi nombor akaun bank akan terlebih dahulu mendapatkan duit bantuan mereka.