Bayaran BRIM 2017 : 22th Febuari

Share Button

BRIM 2017 akan dibayar pada hari Sabtu, 18 Febuari 2017. Walaubagaimanapun hanyalah bayaran secara voucher akan dilakukan pada hari tersebut. Kepada yang menghantarkan maklumat bank akaun, mereka akan dibayar pada minggu yang seterusnya, iaitu hari Rabu, 22 Febuari 2017.

Penerima yang menerima voucher boleh menunaikan voucher BRIM fasa pertama mereka di BSN setelah menerima voucher yang telah dikirim ke alamat rumah.

Menurut Perdana Menteri Najib Razak, kali ini penerima BRIM yang telah diluluskan mencecah lebih 5 juta penerima. Selebihnya 3 juta pemohonan sedang diproses. Keputusan akan keluar pada bulan March.

Beliau juga mengumumkan 2,782,799 orang akan mendapat RM1,200, 243,434 akan mendapat RM900 manakala 2,127,005 akan menerima RM450.

Beliau memberitahui maklumat tersebut di laman web official beliau.

Sebarang soalan mengenai status atauĀ masalah menerima bantuan BRIM boleh hubungi hotlineĀ 1-800-88-2716.

Nota: Kalau tak terima Rabu mungkin boleh check lagi pada hari khamis atau jumaat. Berdasarkan pengalaman yang lepas, tidak kesemua penerima akan dibayar serentak.

 

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.