Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2017

Share Button

Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2017 boleh didapati mulai 5 Disember 2016. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2017 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.

Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.

BRIM 2017 Online

brim 2016 online

Syarat kelayakan Isi rumah
Telah berkahwin
Merupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Syarat kelayakan BRIM Bujang
Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atas
Gaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)

Jumlah bayaran BRIM

1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu diberi RM450
2. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 dibayar RM1200
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke RM4,000 dibayar RM900
4. Individu yang berada dalam senarai ekasih diberi RM1200

Borang BRIM 2017 juga boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN)
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan
  • Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat
BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.