BR1M 2016 dibayar dengan lebih tinggi

Share Button

Setelah banyak kemusykilan berhubung BR1M sama ada ia akan diteruskan tahun 2016 akibat beberapa faktor seperti keadaan ekonomi negara dan kejatuhan nilai mata wang negara, akhirnya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tampil dan menjawap bahawa BR1M 2016 akan dibayar dengan kadar yang lebih tinggi. Ia bermakna tahun depan penerima BR1M dapat menerima dengan jumlah yang lebih besar lagi.

Berita ini menggembirakan dan juga terjawap kepada yang mengatakan BR1M harus dimansuhkan. Dalam cadangan bajet 2016, ramai yang menyokong bahawa BR1M tidak patut diteruskan. Mengikut mereka duit yang diberi BR1M harus diperguna untuk tujuan lain yang lebih baik. Contohnya menggantikan BR1M dengan memberi subsidi balik terhadap petrol. Bagaimanapun terdapat juga ramai yang tidak setuju bantuan tersebut dimansuhkan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

permohonan br1m 2016

Namun Datuk Seri menegaskan bahawa kerajaan bersedia untuk melabur balik keuntungan negara kepada perkembangan termasuk BR1M. Menurut beliau kenaikan tahun depan akan dirasai semua golongan tetapi kenaikan yang tertinggi akan dirasai golongan yang berpendapatan rendah.

“Hal ini akan diumumkan nanti oleh Perdana Menteri secara official pada 23 Oct ini pada hari pembentangan bajet 2016.”

Kami meramal bahawa akan terdapat syarat kelayakan yang baharu pada BR1M 2016 kerana cadangan yang lepas melibatkan isi keluarga yang berpendapatan RM5 ribu dan ke bawah. Yang penting diharapkan kerajaan memperbaiki sistem BR1M 2016 agar dapat menampung jumlah permohonan yang lebih besar nanti. Sekurang-kurangnya adil dan tepat dalam meluluskan permohonan rakyat untuk mengelakkan sebarang keciciran lagi.