BR1M 2016 naik setinggi RM1000

Share Button

Menyedari kos hidup yang tinggi dihadapi rakyat jelata terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah, kerajaan terus membantu melalui bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) pada tahun 2016 yang bakal menjelang.

Perdana Menteri dalam hari pembentangan bajet 2016 mengumumkan kadar baru BR1M, yang dipercaya akan buka kemaskini dalam masa tiga bulan lagi.

Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800.

Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan.

“kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016

Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi BR1M setinggi RM1050.

Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan.

“‎Saya tahu ramai yang mengatakan bahawa BR1M ini tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas usaha kerajaan” – Najib Razak

“Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan memperuntukkan 5.9 bilion ringgit, ” katanya.

sumber dari bantuanrakyat1malaysia.com

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.