BRIM kelompok ke-2 pada Febuari 28

Share Button

Kepada yang permohonan lulus tapi belum terima bayaran ketika fasa pertama, anda bakal menerima BRIM anda pada kelompok yang kedua iaitu mulai 28/2/2016. Anda boleh membuat semakan di portal BRIM untuk mengetahui fasa bayaran anda. Semua penerima No Kelompok 01 sudahpun dibayar pada bulan lepas.

Sesetengah penerima yang sedia ada tidak membuat sebarang kemaskini untuk BRIM tahun 2016, dan kami tidak pasti sama ada mereka akan dimasukkan dalam senarai layak, kedengaran ramai yang tidak kemaskini masih tidak diberi apa-apa.

Kepada yang ingin membuat aduan terhadap jumlah diterima boleh berbuat demikian pada bulan March. Ramai yang mengadu bahawa tahun 2016 digugurkan kelayakan, sila buat rayuan di bulan March nanti.

Penerima jenis baucar sudahpun selesai tunaikan baucher BRIM mereka masing-masing di bank. Diminta buat rayuan sekiranya anda masih tidak menerima sebarang baucar.

Beberapa sebab kenapa anda tidak dibayarkan BRIM :

1. Bank akaun nombor tidak sah

2. Memilih bank yang salah. Contohnya pilih Maybank tetapi memberi akaun CIMB.

3. Nama bank akaun tidak sama dengan pendaftar

4. Alamat diberi tidak dapat dikecapi

Sebarang soalan dipersila hubungi pihak berkenaan di 1800882616

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.