BRIM online : Pendaftaran dan kemaskini berjalan lancar

Share Button

BRIM online : Pendaftaran dan kemaskini berjalan lancar

logo brim malaysia

Dengan sistem br1m online yang baharu, pemohon brim yang memberikan nombor akaun bank, kebanyakannya telahpun terima duit bantuan mereka. Namun sesetengah pemohon mengadu bahawa mereka belum lagi terima apa-apa dari pihak pemberi, tiada surut pemberitahuan berkenaan status brim mereka. BN mengesa bahawa orang ramai usah risau jikalau kelayakan lulus, kerana pengagihan pertama baru sahaja bermula.

Pendaftaran bantuan brim telah dipanjangkan tempohnya sehingga ke hujung bulan Januari, jadi diminta yang layak cepat-cepat mengisikan borang online untuk mengelakkan ketinggalan. Pemohon yang tergelincir tidak akan berpeluang untuk kemaskini semula maklumat, pengubahan hanya dibenarkan setahun sekali. Diminta orang ramai terus mencuba untuk mengisikan borang anda menggunakan brim online, biarpun kelajuan agak lambat akibat ramai yang mengisi pada masa yang sama.

Akibat banjir yang melanda pada hujung tahun tahun lepas, brim diagihkan terdahulu kepada mangsa banjir. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan pembayaran bantuan ini kepada sesiapa yang layak.

online brim kemaskini

 

Pembayaran tidak mengikuti masa anda mengisi borang, pembayaran dibuat mengikuti kawasan.

Kepada yang tidak memberikan akaun bank, baucher brim tetap diberi, cuma penerima perlu bersabar kerana online payment dibuat terlebih dahulu.

Rayuan perlu dibuat sebelum bulan tiga, kepada sesiapa yang kelulusannya ditolak. Dipersila berkunjung ke pusat LDHN yang berdekatan dengan dokumen yang diperlukan seperti pencetakan IC dan slip gaji. Kepada yang inging menuntut i-brim, sila membawa sijil kematian dan kad pengenalan ke bank BSN.

Keputusan rayuan akan diberitahu melalui surat, pastikan alamat yang diberi betul. Pihak yang berkenaan setakat ini belum lagi menyebarkan maklumat secara emel, diminta mengelakkan emel yang bukan dari pihak official.

Diminta orang ramai faham akan kesibukan kakitangan awam dan juga ahli-ahli bank yang terlibat memandangkan kali ini merupakan kali pertama sistem online brim diperkenalkan. Sebarang perkembangan bayaran boleh rujuk kepada bank masing-masing. Tarikh pembayaran brim mengikut bank selalunya boleh didapati di social media. Masa pembayaran brim adalah berbeza antara bank, sila bersabar kerana disebabkan prosedure yang berbeza, sesetengah bank akan lambat sehari dua.