Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2017

Share Button

Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2017 boleh didapati mulai 5 Disember 2016. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2017 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.

Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.

BRIM 2017 Online

Continue Reading

Download Borang Permohonan BRIM 2016

Share Button

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRIM tahun 2016 dibuka untuk pemohon untuk kemaskini maklumat mereka mulai 1 Disember 2015. BRIM 5.0 2016 menjangkakan jumlah permohon kira-kira 8 juta orang dengan syarat kelayakan baharu. Penerima BRIM yang sedia ada tidak perlu membuat sebarang kemaskini dan permohonan, cuma dinasihatkan memastikan pemberian maklumat yang dibuat pada BRIM yang sebelumnya tepat dan masih relevan. Bagi permohon baru pula, pengguna boleh berdaftar secara online atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan BRIM 2016.

Online BRIM ini dirancang untuk dibayar secara berperingkat tiga kali setahun, dan menurut Najib, ianya untuk rakyat atau sebagai kebajikan bagi mereka yang Tambahan pula, beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa permohonan yang ditolak. Mereka ini boleh menghantar rayuan mereka sehinggalah 31 Mac. Maklumat lebih lanjut boleh merujuk kepada borang permohonan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang merupakan bantuan hanya sekali sahaja ini.Beliau berkata jumlah yang diagihkan akan dibiayai melalui jumlah yang dikutip daripada pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa jumlah ini akan menjadi bantuan yang besar dalam meringankan beban kos sara hidup penerima, yang termasuk 40% golongan berpendapatan rendah.

Continue Reading

Kemaskini Borang BRIM : Wakil rakyat membantu

Share Button

Pandangan seorang penerima BRIM yang tidak ingin mendedahkan identitinya, berasa gembira dibantu wakil rayat semasa hari kemaskini BRIM.

pandangan brim

Terima kasih kepada yang prihatin akan warga-warga yang perlukan bantuan di kampung ini. Kami berasa gembira kerajaan meneruskan BRIM 2016 dan telah memudahkan proses kemaskini melalui sistem borang online. Tahun lepas kami meminta orang muda untuk bantu kerana ramai yang masih buta komputer. Tahun ini, wakil rakyat Encik Tahil menampil untuk memastikan setiap penerima siap kemaskini permohonan untuk menerima BRIM.

Continue Reading

4000 penerima brim masuk senarai hitam

Share Button

Usaha kerajaan membasmi kemiskinan termasuk dengan memberi brim diharapkan rakyat yang berpendapatan rendah dapat berdikari dan tidak perlukan bantuan di masa hadapan. Ucapan Perdana Menteri Najib Razak bercadang brim adalah jalan penyelesaian terbaik dan sementara itu membolehkan golongan yang dibantu menuju ke agenda tersebut.

Menurut Najib, selain brim, pelbagai lagi bantuan disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai program yang ditubuhkan khas oleh kerajaan. Contohnya bantuan RM100 untuk murid-murid di sekolah, subsidi petrol dan kedai dan klinik 1Malaysia. Beliau berkata sekurang-kurangnya kos hidup rakyat selama tiga bulan telah pun ditanggung oleh kerajaan.

Berita buruk bagi pemohonon brim yang menerima brim lebih dari sekali. Penunaian tahun lepas menampakkan 73 peratus iaitu lebih kurang 4000 penerima brim telah melaporkan diri untuk mengambil brim lebih dari sekali.

Continue Reading

3 Cara kemaskini BRIM 2018

Share Button

BR1M 2018 dibuka kepada sesiapa yang layak dengan syarat baharu. Kepada penerima yang sedia ada, diminta log masuk ke sistem brim untuk menyemak semula maklumat yang diberi juga untuk mengelakkan sebarang kesilapan untuk menerima bayaran brim nanti. Sekiranya anda seorang murid, tidak usahlah membuangkan masa untuk membuat kemaskini maklumat kerana murid adalah tidak layak untuk terima bantuan rakyat 1malaysia. Penjaga dan ibu bapa murid diminta berdaftar atau kemaskini brim anda kerana hanya anak-anaknya penerima brim yang layak untuk mendapatkan pinjaman ptptn secara penuh, berdasarkan syarat baharu yang dikeluarkan pihak ptptn tahun 2015.

3 cara kemaskini brim 2018

1. isi borang kemaskini brim secara online

Continue Reading

BRIM online : Pendaftaran dan kemaskini berjalan lancar

Share Button

BRIM online : Pendaftaran dan kemaskini berjalan lancar

logo brim malaysia

Dengan sistem br1m online yang baharu, pemohon brim yang memberikan nombor akaun bank, kebanyakannya telahpun terima duit bantuan mereka. Namun sesetengah pemohon mengadu bahawa mereka belum lagi terima apa-apa dari pihak pemberi, tiada surut pemberitahuan berkenaan status brim mereka. BN mengesa bahawa orang ramai usah risau jikalau kelayakan lulus, kerana pengagihan pertama baru sahaja bermula.

Pendaftaran bantuan brim telah dipanjangkan tempohnya sehingga ke hujung bulan Januari, jadi diminta yang layak cepat-cepat mengisikan borang online untuk mengelakkan ketinggalan. Pemohon yang tergelincir tidak akan berpeluang untuk kemaskini semula maklumat, pengubahan hanya dibenarkan setahun sekali. Diminta orang ramai terus mencuba untuk mengisikan borang anda menggunakan brim online, biarpun kelajuan agak lambat akibat ramai yang mengisi pada masa yang sama.

Continue Reading

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.