Sistem BRIM yang tersusun akan meningkatkan ekonomi

Share Button

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengatakan bahawa kerajaan bercadang untuk meningkatkan mekanisme pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) untuk meningkatkan keupayaan ekonomi penerima.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada kabinet. Kami belum menerima apa-apa keputusan lagi. Kemungkinan besar kita akan beralih ke sistem yang baharu tetapi hal ini hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan kabinet, “kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Radio Perak FM.

Beliau mengatakan bahawa mekanisme baharu tersebut akan memastikan bahawa BRIM itu diagihkan secara berperingkat-peringkat, sama ada suku tahunan atau bulanan.

Continue Reading

Rakyat tolak rayuan BRIM 2017

Share Button

Ramai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun lepas telah mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memohon untuk rayuan BRIM 2017.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengatakan bahawa hal ini menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

“Mereka menghantar surat untuk mengatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BRIM. Walaupun kebanyakan daripada mereka berada dalam senarai penerima, mereka berasa tidak ada keperluan untuk menerima BRIM, “kata Ahmad Husni kepada pemberita selepas menyampaikan BRIM di kawasan Tambun di sini pada Ahad.

Continue Reading

Tarikh BRIM Online 2017 buka pada 5 Disember

Share Button

Menurut balasan email official dari lembaga hasil [email protected], orang ramai diberitahu bahawa tarikh pembukaan BRIM online tahun 2017 jatuh pada 5 Disember. Sebelum ini terdapat banyak keliruan akibat berita palsu luas disebarkan di facebook. Berlainan daripada tahun-tahun yang lepas, BRIM tidak membuka pendaftaran online pada hari pertama bulan Disember.

 

Jumlah dan kelayakan

Continue Reading

Anak-anak penerima BRIM akan dapat pinjaman

Share Button

Pelajar-pelajar yang ibu bapanya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM online) sahaja akan mendapat pinjaman pelajaran PTPTN penuh lantaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengetatkan syarat. Tindakan yang mula berkuat kuasa pada hari Sabtu menunjukkan 5% pengurangan pinjaman bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan 15% pengurangan bagi penuntut di institusi swasta. Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bermula Sabtu lepas, BRIM bujang merupakan satu-satunya kaedah tapisan yang akan digunakan untuk memastikan kelayakan bagi jumlah maksimum. “Mereka akan diberikan 75% jumlah pinjaman maksimum jika pendapatan bulanan isi rumah mereka tidak melebihi RM8,000 dan ibu bapa mereka telah kemaskini BRIM 2016.

“Bagi mereka yang berpendapatan bulanan melebihi jumlah tersebut, mereka akan menerima 50% daripada jumlah pinjaman maksimum,” katanya dalam sebuah temu duga semalam. Pinjaman penuh untuk kursus diploma di universiti awam kini dikurangkan kepada RM4,750 daripada RM5,000 manakala ijazah kini pada RM6,180 daripada RM6,500. Dalam surat pekeliling bertarikh 29 Oktober kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Ketua Eksekutif PTPTN Encik Agos Cholan berkata pengurangan tersebut tidak memberi kesan kepada para bujang yang meneruskan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan kerana yurannya yang tinggi. Shamsul berkata dengan adanya kekangan tersebut, PTPTN online tidak mempunyai pilihan lain selain mengurangkan jumlah pelajar yang menerima pinjaman kepada 50,000 atau mengurangkan jumlah pinjaman.

“PTPTN telah memilih pilihan kedua supaya bilangan pelajar bujang yang menerima pinjaman dapat dikekalkan,” katanya.

Pendaftaran BRIM online dibuka!

Share Button

Pendaftaran atau pemohonan BRIM online Dibuka Dari 1 Disember. Penerima BRIM dimaklumkan akan pembukaan pendaftaran untuk BRIM online. Pendaftaran kepada member baharu atau sedia ada akan dibuka pada 1 Disember.

Bagi penerima sedia ada mereka tidak perlu memohon semula akan tetapi mereka bertanggungjawab memastikan maklumat mereka adalah yang terkini. Maklumat yang diperlukan tidak terhad kepada Maklumat berkaitan suami/isteri dan jumlah tanggungan isi rumah penerima BRIM online Alamat rumah yang terkini untuk memastikan surat dihantar ke alamat yang betul seperti maklumat perbankan pemohon yang terkini.

Untuk BRIM online tahun ini, pembayaran akan dibuat melalui tiga fasa. Penerima yang layak perlu mengesah semula maklumat perbankan secara tepat. Senarai bank yang boleh menerima BRIM online disenaraikan di bawah. Semua isi rumah dan pesara yang layak menerima BRIM online juga layak menerima Skim Khairat Kematian.

Continue Reading