Kemaskini Borang BRIM : Wakil rakyat membantu

Share Button

Pandangan seorang penerima BRIM yang tidak ingin mendedahkan identitinya, berasa gembira dibantu wakil rayat semasa hari kemaskini BRIM.

pandangan brim

Terima kasih kepada yang prihatin akan warga-warga yang perlukan bantuan di kampung ini. Kami berasa gembira kerajaan meneruskan BRIM 2016 dan telah memudahkan proses kemaskini melalui sistem borang online. Tahun lepas kami meminta orang muda untuk bantu kerana ramai yang masih buta komputer. Tahun ini, wakil rakyat Encik Tahil menampil untuk memastikan setiap penerima siap kemaskini permohonan untuk menerima BRIM.

Kami di kampung terpencil ini sebenarnya tidak seteruk yang dibayangkan. Biarpun kelihatan hidup kami susah tetapi sebenarnya pendapatan yang kami perolehi dengan kerja kasar mampu menampung kehidupan seharian. Apa yang Saya gembira pasal BRIM ialah duit tersebut merupakan harapan untuk orang muda dalam keluarga ini untuk keluar dan meneroka dunia yang baharu. Saya berharap cucu saya dapat manfaatkan duit bantuan yang diberi, belajar bersungguh-sungguh dan bila dewasa nanti bolehlah berbakti untuk masyarakat ini dan kepada negara.

Orang yang merungut akan duit BRIM terlalu kecil sebab mereka dalam kehidupan seharian sebelum ini tidak pernah pun mengamalkan tabiat perbelanjaan yang baik. RM350 untuk sebuah keluarga bagi kami besar sungguh maknanya. Dengan jumlah sebegitu sekurang-kurangnya gula dan garam tetap ada di dapur, ataupun boleh saya belikan buku tambahan untuk anak-anak. Anak kedua saya lemah dalam pelajarannya, RM350 itu boleh saya hantar dia kepada pusat tuisyen, dan duit itu cukup untuk setengah tahun.

Demi kebaikan ekonomi, GST tidak boleh dimansuhkan. GST pada jangka masa panjang membantu negara ini untuk menambah pendapatan negara. Bila pendapatan negara meningkat, maka rakyat pun senang nanti. Buat masa sekarang, bak kata Najib Razak, cara terbaik ialah kerajaan bagi BRIM kepada yang perlukan bantuan. Mustahil rakyat yang susah dapat bangkit dengan segera dan negara ini bertambah maju. BRIM bagi saya ialah satu cara daripada seribu cara oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat demi sementara waktu. Kalau anda mengadu ratusan ringgit itu tidak cukup untuk membuat apa-apa, anda sudah tersilap dan kurang memahami niat kerajaan memberikan BRIM.

Berharap kerajaan memperbaharui syarat kelayakan BRIM di tahun 2016, agar ramai lagi dapat berkongsi kegembiraan. Diminta pihak yang bertanggungjawap atas kemaskini permohonan jangan leka memproseskan senarai permohon. Permohonan online BRIM harus dibuka dengan lebih awal kerana bukan semua yang mempunyai kemudahan online atas faktor geografi.