Pertanyaan soalan-soalan BRIM 2017

Share Button

S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BRIM 2017?

J: Pemohon yang layak membuat permohonan BRIM 2017 mesti memenuhi syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas yang hidup bersendirian (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia dikecualikan.

S: Bilakah pemohon boleh mula membuat permohonan BRIM 2017?

J: Permohonan BRIM 2017 boleh dibuat mulai 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 (tertakluk kepada pindaan).

S: Bagaimanakah pemohon membuat Permohonan BRIM 2017?

J: Permohonan BRIM 2017 dilaksanakan dengan mengisi dan menghantar Borang BRIM 2017 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.

  • Permohonan Dalam Talian

Permohonan BRIM 2016 boleh dibuat melalui Portal Rasmi BRIM LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuanrekod pendaftaran. Aplikasi e-BRIM tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Permohonan Melalui Borang

Borang BRIM 2017 boleh diperoleh secara percuma di lokasi tersebut:

  1. Portal Rasmi BRIM LHDNM
  2. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) /Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat Residen

S: Dimanakah pemohon boleh menghantar Borang BRIM 2017 yang telah diisi dengan lengkap?

J: Pemohon boleh menghantar Borang BRIM 2016 di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel  tidak akan diterima.

S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BRIM 2017?

J: Pemohon perlu mengemukakan Boring BRIM 2017 dengan dokumen berikut:

  • Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
  • Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

S: Adakah pemohon perlu mengemukakan semula bagi Permohonan Kemas Kini BRIM 2017 jika pemohon telah mengemukakan salinan pengenalan pasangan / tanggungan semasa BRIM 2016?

J: Sekiranya maklumat pasangan / tanggungan pemohon  adalah sama atau tiada sebarang perubahan. Pemohon tidak perlu mengemukakan semula maklumat tersebut.

S: Bagaimanakah pemohon mengemukakan dokumen sokongan sekiranya Borang BRIM 2017 telah dihantar sebelum ini?

J: Pemohon boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BRIM 2017 (BK-17) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun dari Portal Rasmi BRIM LHDNM. Pemohon perlu memastikan keratin Akuan Penerimaan Permohonan BRIM 2017 telah diperoleh apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel tidak akan diterima.

S: Adakah pemohon perli mengemukakan dokumen sokongan sekiranya pemohon telah menghantar Permohonan BRIM 2017 secara dalam talian.?

J: Ya. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya menerima mesej peringatan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat.

S: Adakah penerima BRIM 2016 perlu membuat permohonan semula?

J: Penerima BRIM 2016 perlu mengemaskini maklumat terkini BRIM 2017 pemohon seperti Status Perkahwinan, No. Telefon, Maklumat Akaun Bank (Persendirian), Alamat Surat-Menyurat Terkini, Maklumat Isi Rumah dan Maklumat Waris secara dalam talian di Portal Rasmi BRIM LHDNM atau mengisi Borang BRIM 2017.

S: Adakah ahli isi rumah / waris layak menerima BRIM 2017 sekiranya penerima BRIM 2016 telah meninggal dunia,?

J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BRIM 2017 kerana penerima BRIM 2016 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat Permohonan Baru BRIM 2017 jika melepasi syarat kelayakan.

S: Sekiranya pemohon telah bercerai pada pertengahan tahun 2016 dan nama pemohon tersebut telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami / isteri pemohon tersebut semasa permohonan BRIM 2016. Adakah saya layak membuat Permohonan BRIM 2017?

J: Ya. Pemohon seperti tersebut perlu membuat permohonan baru BRIM 2017 dengan status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dengan memasukkan tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian perlu dikemukakan ke Cawangan LHDNM bagi membolehkan kemas kini maklumat bekas suami /isteri dibuat.

S: Jika pemohon telah bercerai pada pertengahan tahun 2016 dan telah baru berkahwin semula dan nama pemohon tersebut telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami / isteri pemohon tersebut semasa Permohonan BRIM 2016. Adakah suami / isteri semasa pemohon tersebut boleh memasukkan nama pemohon tersebut sebagai pasangan di dalam Borang BRIM 2017?

J: Ya. Pemohon tersebut perlu mengemukakan Sijil Perkahwinan dan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM bagi memastikan kemas kini boleh dibuat bagi maklumat bekas suami / isteri.

S: Adakah pemohon boleh memohon BRIM 2017 sekiranya pasangan pemohon tersebut merupakan penerima BRIM 2016 tetapi telah menghilangkan diri?

J: Pemohon seperti tersebut perlu mengemukakan laporan polis bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BRIM 2017. Anda boleh membuat Permohonan Baru BRIM 2017 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai).

S: Apakah jumlah pendapatan yang perlu pemohon melaporkan pada Borang BRIM 2017 jika pendapatan terkini pemohon tersebut termasuk gaji bulanan, bonus dan elaun-elaun lain?

J: Pemohon perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan elaun-elaun lain kecuali bonus bagi semua isi rumah.

S: Apakah yang pemohon perlu melakukan  sekiranya pemohon tersebut tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BRIM 2017?

J: Pengisian nombor akaun bank adalah digalakkan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, pemohon perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat di bank.

S: Adakah saya layak membuat Permohonan BRIM 2017 sekiranya saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak pernah membaharuinya?

J: Pemohon perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BRIM 2017 mewajibkan penggunaan MyKad.

S: Adakah pemohon layak membuat permohonan BRIM 2017 sekiranya Pemohon tersebut merupakan Warganegara Asing.?

J: Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja. Warganegara Asing tidak layak membuat permohonan BRIM 2017.

S: Adakah pemohon layak membuat permohonan BRIM 2017 jika pemohon tersebut tidak menetap di Malaysia?

J: Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Warganegara Malaysia yang menetap di luar Negara tidak layak membuat permohonan.