Proses Permohonan brim online gagal

Share Button

Ayah saya telah meninggal dunia pada 31 Disember yang lalu, dan pada awal Januari lepas, saya telah memohon brim untuk ibu saya sekaligus memaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kuala Lumpur bahawa bapa saya sudah meninggal dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada mereka. Satu slip pengakuan juga dilampirkan untuk permohonan ibu saya. Tetapi awal minggu lepas, keluarga saya telah menerima surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan brim 2015 ayah saya telah diluluskan dan oleh kerana nombor akaun bank beliau adalah salah, beliau telah diminta untuk pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan yang berdekatan untuk mengambil wang brim di kaunter.

Manakala, permohonan brim ibu saya telah ditolak. Saya telah menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan, namun kakitangannya tidak dapat memberi penjelasan mengapa atau bagaimana ini boleh berlaku. Mengapa mereka memproses permohonan orang yang telah meninggal dunia? Mereka boleh menyekat permohonan ayah saya secara di atas talian dan hanya memproses permohonan brim ibu saya. Ianya lebih mudah. Sebaliknya saya terpaksa membuat empat lawatan ke bank untuk menuntut brim ayah saya agar boleh diserahkan kepada ibu saya.

Pertamanya, saya diminta untuk membawa ibu ke bank tetapi apabila saya memberitahu mereka bahawa dia mempunyai kesukaran untuk berjalan, pegawai itu mahu melihat sijil kelahiran saya (Saya berumur 62 tahun). Manakala seorang kakitangan lain mahu melihat Mykad arwah ayah saya untuk pengesahan maklumat. Saya kemudian pergi ke BSN untuk kali keempat dengan membawa salinan asal sijil kelahiran dan sijil kematian bagi menuntut wang ayah saya.

Bukankah brim bertujuan untuk meringankan beban kewangan warga emas? Saya juga seorang penerima brim tetapi permohonan brim 2016  saya masih di dalam proses. Saya tidak bekerja, seorang pesara dan status kewangan saya tidak pernah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya memikirkan apakah sebenarnya yang perlu diproses? Sistem Permohonan online brim perlu dibaiki dengan secepat yang mungkin, menurut beliau.

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.