Reaksi Permohonan dan kemaskini BRIM (part 1)

Share Button

Terdapat reaksi yang bercampur-baur terhadap pengumuman kenaikan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM Online 2016) kepada RM300. Sementara kebanyakannya gembira dengan kenaikan daripada RM650 kepada RM950, sebahagian yang lain merasakan ianya tidak cukup untuk menangani kenaikan kos sara hidup. Persatuan Hindu Pulau Pinang menyambut baik keputusan kenaikan bayaran BRIM tersebut bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,000.

Murugiah turut mencadangkan “setem makanan” untuk isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan untuk membeli barangan makanan pada harga diskaun. Pekerja kilang Ramli Shariff, 35, dari Seberang Jaya,berterima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan bayaran BRIM Online 2016.

Timbalan presidennya, P. Murugiah, berkata kenaikan tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah. “Barang-barang sudah semakin mahal hari ini, tambahan lagi dengan kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini. Ramai orang yang menghadapi kesusahan,” katanya.

Katanya, dia akan menggunakan wang online tersebut untuk membeli barangan makanan selama dua bulan lantaran wang tersebut dapat membantu menjimatkan penggunaan wang gajinya. Bekas ahli jawatankuasa Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia Datuk Muhammad Ismail berkata pihak kerajaan seharusnya membangkitkan lebih banyak cara untuk membantu orang miskin dan mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

najib brim bujang

Di Kuala Lumpur, Saraswathi Sidambaram, 51, yang berpendapatan sebanyak RM700 sebulan sebagai pembantu rumah, berkata bayaran BRIM sebanyak RM950 itu tidak cukup untuk meringankan perbelanjaan bulanannya. Posmen Tajul Ariffin Mohd Tahir, 51, berkata dirinya mengharapkan lebih banyak bantuan kerajaan.

“Saya tidak fikir kenaikan sebanyak RM300 ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah mengatasi beban kewangan mereka sedangkan harga barangan telah menaik secara mendadak,” katanya selepas menerima BRIM online pada bulan October bulan lepas.

“Ini masih tidak mencukupi untuk memenuhi kenaikan kos sara hidup,” katanya. “Malah, saya berharap harga bahan api dapat dikurangkan kerana harga kebanyakan barang-barang runcit telah menaik disebabkan kenaikan harga bahan api.” Tetapi, bagi Syariezan Shaharuddin, 28, dia berasa bersyukur dengan kenaikan peruntukan itu. “BRIM bujang tidak banyak tetapi masih dapat meringankan beban saya,” katanya.