Sebab-sebab permohonan BR1M tidak berjaya

Share Button

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadualkan akan dibayar dalam tiga fasa mulai tahun 2015. Pembayaran tahun ini iaitu pada bulan Januari, Mei dan September manakala pembayaran kepada individu bujang akan dibayar sekali sahaja iaitu pada bulan Januari / Februari tahun ini. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima. Selepas menghantar permohonan di atas talian, pemohon boleh menyemak status BR1M mereka secara online selepas tempoh pemprosesan. Timbalan Menteri Kewangan, Chua Tee Yong dipetik berkata bahawa daripada 8.4 juta permohonan, 7.2 juta rakyat Malaysia telah diluluskan untuk menerima pemberian wang tunai, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Bagi 1.2 juta pemohon yang tidak menerima kelulusan, Berikut adalah beberapa sebab-sebab umum mengapa permohonan anda untuk BR1M ditolak:

1. Nombor MyKad pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

2. Nama pemohon berbeza daripada data di JPN

3. Nombor MyKad pemohon tidak wujud

4. Nama pemohon berbeza daripada data

5. Jumlah pendapatan isi rumah melebihi had kelayakan BR1M 2016, setelah disahkan agensi

6. Pemohon telah menerima Baucar Buku

7. Pemohon memiliki kenderaan melebihi kelayakan BR1M online, setelah disahkan agensi

8. Pasangan pemohon memiliki kenderaan melebihi kelayakan BR1M, setelah disahkan agensi

9. Tanggungan pemohon memiliki kenderaan melebihi kelayakan BR1M, setelah disahkan agensi

10. Status pemohon adalah berkahwin, namun tiada maklumat perkahwinan dan pasangan

11. Status pemohon adalah berkahwin, namun maklumat perkahwinan dan pasangan tidak lengkap

12. Tanggungan pemohon tidak lengkap

13. Umur tanggungan pemohon tidak memenuhi kriteria permohonan

14. Pemohon mengemukakan permohonan lebih daripada sekali

15. Pemohon wujud sebagai pasangan di dalam permohonan individu lain

16. Pemohon wujud sebagai tanggungan di dalam permohonan individu lain

17. Suami / Isteri mengemukakan permohonan yang berbeza

18. Suami / Isteri dikenalpasti sebagai tanggungan di dalam permohonan BR1M individu lain

19. Tanggungan dikenalpasti sebagai tanggungan di dalam permohonan BR1M individu lain

20. Tanggungan juga memohon BR1M 2016

21. Tanggungan dikenalpasti sebagai suami / isteri di dalam permohonan BR1M individu laiin

22. Suami dan Isteri yang telah gagal permohonan BR1M 2016 untuk 4 kali

23. Nombor MyKad Pasangan / Tanggungan tidak wujud dalam pangkalan data JPN.

Dengan mengelakkan sebab-sebab seperti yang ditunjukkan di atas, mungkin pemohon mempunyai peluang yang lebih cerah untuk permohonan BR1M yang akan datang. Untuk menyemak status BR1M di dalam talian, sila ke laman web BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my dan Klik pada butang “STATUS Semakan”.

Pemohon perlu memasukkan nombor MyKad dan klik butang “Semakan STATUS PERMOHONAN”.