Tarikh BRIM Online 2017 buka pada 5 Disember

Share Button

Menurut balasan email official dari lembaga hasil [email protected], orang ramai diberitahu bahawa tarikh pembukaan BRIM online tahun 2017 jatuh pada 5 Disember. Sebelum ini terdapat banyak keliruan akibat berita palsu luas disebarkan di facebook. Berlainan daripada tahun-tahun yang lepas, BRIM tidak membuka pendaftaran online pada hari pertama bulan Disember.

 

Jumlah dan kelayakan

RM1200 untuk keluarga yang tersenarai dalam program e-kasih
RM1200 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
RM900 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
RM450 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000

* Diingatkan telefon bimbit atau ipad tidak dibenarkan untuk membuat kemaskini / pendaftaran online. Sila menggunakan PC sahaja.

Langkah-langkah memohon BRIM online

1 : Di laman e-br1m tekan “Permohonan baru”, masukkan nombor IC untuk log masuk.

1

2. Anda akan diberi 2 soalan untuk menguji sama ada anda pemilik nombor IC yang dihantar tadi.

2

3. Sekiranya anda silap 3 kali, anda akan dihalang untuk membuat sebarang perubahan maklumat.

3

4. Setelah berjaya masuk, anda perlu mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan lain-lain.

* Nama pemilik akaun bank mestilah sama dengan nama pemohon BRIM. Satu akaun bank dibenarkan hanya untuk satu permohonan sahaja.

4

5. Langkah seterusnya (bahagian B) ialah mengisi butiran tangungang dan melaporkan pendapatan bulanan ahli-ahli keluarga. Sekiranya anak-anak masih belum bekerja, isikan ruang pendapatan dengan nilai kosong.

Kepada penjaga tunggal (contohnya anda seorang yang telah bercerai), untuk melayakkan diri dalam kategori keluarga, isikan nama tanggungan juga.

5

6. Seterusnya di bahagian C, isikan nama bagi penerima skim khairat kematian. Pemberian RM1000 kepada pewaris sekiranya pemohon meninggal dunia. Perlindungan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

6

7. Masukkan kod keselematan yang dipaparkan di sebelah kiri dalam ruang yang ditentukan dan tekan “hantar”.

7

8. Anda akan terima suatu popup bagi mengesahkan pemberian maklumat yang diberi adalah jujur dan tetap.

8

9. Akhir sekali kotak alert ini akan keluar sekiranya permohonan anda berjaya dihantar.

10. Anda juga boleh cetak untuk tujuan backup.

Penerima tahun-tahun lepas diwajibkan memperbarui maklumat terkini untuk terus terima bayaran br1m yang mana pembayaran pertama akan berlangsung pada awal tahun 2017.

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.