Tarikh dan Keputusan BR1M 2016

Share Button

Bayaran pertama BR1M 2016 akan mula diagih mulai 28 Januari. Semakan keputusan BR1M boleh dibuat pada minggu ketiga sebelum pembayaran untuk mengetahui keputusan permohonan.

Anda hanya akan menerima bantuan sekiranya berikut adalah keputusan semakan anda :

Permohonan Lulus – Permohonan Anda Telah Diluluskan/ Berjaya

Sekiranya status masih menunjukkan Permohonan Dalam Proses selepas tempoh pembayaran, kemungkinan permohonan anda tidak berjaya.

Berikut adalah jumlah dan tarikh pengagihan BR1M bagi kategori-kategori yang terlibat

  • Isi rumah Bawah e-Kasih, Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah: RM250
  • Isi rumah RM3,001 hingga RM4,000: RM200
  • Bujang: RM400

Selain ketegori bujang, kategori isi rumah akan menerima baki bantuan pada bulan April, Jun dan September sepanjang tahun 2016.

Perhatian kepada yang tidak menerima bantuan pada 28 Januari.

Sistem bayaran dijangka berfungsi sama seperti tahun-tahun yang lepas, jangan panik sekiranya anda belum menerima apa-apa pada hari pertama pembayaran. Sesetengah bank mengambil masa yang lebih lama untuk proses, semak lagi bank akaun anda pada hari seterusnya.

Kemukaan rayuan sekiranya jumlah bayaran tidak seiring dengan syarat yang dijanjikan di mana-mana cawangan LDHN yang berdekatan. Diingatkan adalah baik anda menyediakan dokumen sokongan seperti photocopy IC, salinan permohonan atau sijil penceraian untuk memudahkan urusan sebab pusat LDHN dijangka sesak pada tempoh awal tahun.

BR1M Updates
langgan dengan email anda untuk menerima update BRIM 2018 yg terkini.