Tip membuat Permohonan dan Kemaskini BR1M

Share Button

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2017 akan dibuka pada 5 Disember. Kami menyediakan tip agar tiada kesilapan yang diulang berlaku.

BR1M 2017 memperkenalkan suatu kategori baharu iaitu pemberian bantuan yang mana jumlahnya setinggi RM1200 untuk penerima yang berada dalam program eKasih.

Selaku seorang penerima yang sebelumnya, anda wajib membuat kemaskini dengan membekalkan butiran yang terkini untuk menerima jumlah bantuan mengikut kelayakan. Kemaskini penting agar kerajaan dapat tahu pemohon masih wujud dan layak menerima BR1M berdasarkan tangga gaji yang terkini.

Perkara kedua ialahk kepada yang dihalang untuk log masuk akibat kesilapan menjawap soalan keselamatan tahun lepas, halangan tersebut akan dibuka semula nanti. Permohonan baharu akan dibuka kepada mana-mana individu atau keluarga yang belum pernah memohon pada masa yang sama juga.

Kaedah borang BR1M secara manual masih boleh diguna tetapi kami mendorong agar berdaftar secara online. Panduan mengisi borang br1m boleh lihat di post ini.

Kepada bujang yang masih menuntut di mana-mana pengajian, anda tidak layak untuk menerima BR1M, sebaliknya anda harus menunggu berita dari institusi pengajian anda bilakan mereka akan mengagihkan BB1M.

Sesetengah janda (wanita yang bercerai) hanya menerima RM350, sepatutnya mereka layak untuk menerima jumlah kategori keluarga sekiranya umurnya tidak melebihi 60. Hal ini demikian kerana mereka tidak mengisikan maklumat tanggungan sedangkan mereka memiliki tangungan biarpun sudah bercerai.

Penggunaan telefon bimbit dan tablet adalah dilarang untuk membuat permohonan dan kemaskini online di laman BR1M. Hanya semakan status boleh dibuat dengan menggunakan telefon bimbit. Hal ini demikian ditetapkan mengikut dasar keselamatan dan polisi. Jadi anda hanya boleh mendaftar dengan menggunakan desktop PC sahaja. Disyorkan juga anda membuat cetakan dan simpan salinan tersebut sebagai bukti anda telah berdaftar.

Lihat soalan-soalan popular br1m jikalau anda masih mempunyai kemusykilan yang tidak dijawab di atas.